
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.Apa khabar iman?:D Cukup tak solat 5 waktu cuti ni? *tepuk dada,tanya iman* Maaf entry untuk bulan November ni lambat pulak nak post,dah tertangguh sampai ke bulan Disember.maklumlah cuti sekolah.Semua orang tengah ‘horee horee’ rasanya :p Tapi jangan lupa pulak,tahun depan dah nak PMR.Ada yang pergi tuisyen,ada pulak yang masih cuti-cuti Malaysia lagi ;) Jadi,masing-masing beringatlah ye.Hurm,rasanya entry kali ni tak banyak pun nak cerita sebab tak ada apa event banyak yang melibatkan kelas untuk hujung tahun ni tapi saya rajinkan diri jugaklah untuk menaip mana yang sempat.
JAMUAN KELAS

Wah,cerita pasal jamuan kelas je mesti semangat sikit.Jamuan kelas Sina hari Rabu,16 Nov 2011,2 hari sebelum balik tapi seronoklah.Sebenarnya dah lama dah buat preparation untuk jamuan kelas sebab takut jadi macam tahun lepas,last minute punya jamuan.Dan,terima kasih banyaklah kepada AZIM CHIK dan SYAIRAH ATIQAH selaku tulang belakang menjayakan jamuan ni :P Antara segment yang ada time jamuan kelas ni ialah
~Ucapan PAPA SINA dan K.K SINA 2011
~hadiah+birthday song untuk ustaz wan
~makan-makan :D
~Award(semua orang wajib dapat)
~Sesi bergambar :3
Boleh kira banyak jugaklah yang kitorang makan sebab makanan pun banyak sampai ayam KFC tu pun banyak tak habis dan disedekahkan kepada sape2 yang nak.Sehari sebelum jamuan tu,adalah hantar kad jemputan untuk semua guru yang ajar kelas Sina.Terima kasihla Azmil sebab sudi tolong saya buat kad jemputan tu sekali walaupun kad tu memang tak seberapa :3 Tapi tak ramai cikgu yang datang,mungkin sebab sebok :B Esoknya pulak pukul 1.30 pm,Syai dengan Azim Chik mintak tolong Ustaz Rohimi tumpang kereta untuk beli makanan jamuan and hadiah.Alhamdulillah la,bajet mencukupi.Tapi kesian jugaklah kat 2 orang ni sebab bersusah payah untuk jayakan jamuan *tepuk kuat-kuat :D
Lepas solat Asar,semua budak kelas kami berkumpul kat kantin untuk jamuan.Mula-mula,kumpul hadiah dulu letak dekat atas meja.Masatu memang agak kelam kabut jugaklah sebab cikgu dah datang,tapi makanan + minuman belum ready lagi.Aduh,haru dibuatnya :3Tambah pulak,untuk award belum kira lagi semuanya.Tapi nasib baik semuanya dapat diatasi dengan jayanya,ALHAMDULILLAH :) Yang jadi emcee untuk jamuan akhir tahun ni Haziq dengan Athirah,tahniah jugakla sebab diorang jadi emcee best :B Saya rasa kelas kita je yang buat jamuan ada emcee,tak apalah.Special sikit xD Mula-mula majlis,Aris baca doa untuk mulakan majlis.Lepastu Ustaz Wan dengan Syafiq(KK) bagi ucapan.Sedih jugaklah tang Ustaz kata “ini mungkin jamuan kelas kita yang terakhir”.Ustaz suruh jaga kelakuan,belajar betul2[betul ke apa saya cakap ni?:D]Lepastu Syafiq pula bagi ucapan.Alahai,dia tengok kertas :)) Lupa pulak apa dia kata.HAHA xD
Lepas Ustaz dengan Syafiq bagi ucapan,Zafran bacakan doa makan.Masatu tengok muka semua pun dah lapar.Tambah-tambah tengok ada kuey tiaw dengan ayam KFC,memang tergugat iman lah : )) Setiap orang dapat satu pinggan(kueytiaw,nugget 2,ayam KFC).Yang paling “hebatnya” air dia lah :)) Takkan dapat lupa rasa dia,TAWAR~Hahah,tak apalah kan.Masa semua tengah makan tu,Haziq kira “1,2,3” dan kita nyanyi lagu Happy Birthday untuk Ustaz Wan.Hadiah untuk Ustaz Wan kek,birthday card(besar jugak :0) dan bantal bintang.Sebenarnya Hari Lahir Ustaz dah lepas,time hari last exam tapi ramai yang tak ingat.Yelah,masatu kan tengah sibuk dengan exam.Final exam lagii.Kek yang dirancang ada 2 –Satu untuk cikgu,satu untuk murid.Tapi kek tak dapat sambutan sangat sebab ramai yang dah terbuntat makan xD HAHAH.
Lepas semua orang dah kekenyangan makan,time untuk umumkan award pulak.Semua orang WAJIB dapat award dan award ni dibuat berdasarkan undian budak kelas kami lepas Azim Chik dengan Syai interview sorang-sorang.Mesti lintang-pukang nak kira sebab banyak sangat xD HAHA.Jadi,lepas undian dibuat dan atas persetujuan ramai,JENG JENG JENG JENG~~
MR & MRS SINA ~Muhammad Azim Chik & Mutmainnah Radhiah
Hot ~Muhammad Muzammil Hadziq & Aina Afifah
Polite ~Muhammad Salehuddin & Nur Dalilah
Diligent ~Muhammad Azham & Norsyifatul Amiza
Creative ~Muhammad Azmil & Athirah
Pious ~Muhammad Aris & Khairunnisa Nadiah
Stylish ~Ariff Hazmi & Syairah Atiqah
Nerd ~Ahmad Daniel & Nurul Shahirah
Simple ~Muhammad Nizam & Zam Zuhairah
Sexy ~Muhammad Azim Abdul Rahman & Khairulnissah Asilah
Clever ~Mohamad Zafran Hakim & Nor Azeera Irnee
Cute ~Mohamad Hairil Izwan & Wafiqah
Pemalu ~Muhammad Syafiq & Nur Alieya
Progressive~Muhammad Aiman & Muslihah
Yang seronoknya Mr.&Mrs.Sina dapat hadiah bantal Angry Bird dengan Hello Kitty.Comelll :3 Yang award lain dapat kalung dekat leher tu[apa ntah namanya]dan ada macam2 corak.
Lepas keputusan award,ada segmen Sharing Is Caring a.k.a tukar-tukar hadiah antara lelaki –perempuan.Sorang-sorang akan datang depan dan cabut undian nama dari botol.Sapa yang nasib baik,dapatlah hadiah yang best :3 Sapa yang nasib tak berapa baik,dapat hadiah yang tak dibalut. HAHAH,tak apalah.Janji semua dapat xDLepas dah siap semua tu,sesi bergambar pulak :) Seronoklah bergambar dengan cikgu and classmates.Majlis habis lebih kurang pukul 7.00 malam.Masatu dah ramai dah orang dekat surau tapi kitorang still lagi main-main dekat kantin dan tangkap gambar dengan muka takmalunya :3 Dahla malam tu,ada ceramah Maal Hijrah.Memang terbaiklah xD Lepas Ustaz tegur suruh kemas,baru sibuk-sibuk nak kemas.Agaknya kalau ustaz tak tegur,sampai Maghrib lah kita tak balik-balik kan? :))
Overall,jamuan kelas tahun ni boleh dikira best dan gempak lah :) Eh japp,SAPA YANG TAK MANDI LEPAS PERGI JAMUAN?*baik jujur xD* Semua orang pun datang dan pulang dengan muka ceria sampai ke telinga xD Tahun depan,kita buat lagi best pulak.Sapa sanggup nak uruskan tahun depan?Oh ya,kalau nak tengok gambar boleh pegi fesbuk Azim Chik atau Azmil.
HOMEWORKS
Baik korang jangan merungut bila cikgu bagi kerja sekolah tahun ni.Nak tahu kenapaaa?*sila angguk :3* Sebabnya,homework tahun ni tak sebanyakkk tahun lepas.Eh,ada ke lagi yang ingat homeworks kita tahun lepas apa? :p Memang tahun lepas boleh kira banyaakkk betul tapi tahun ni,Alhamdulillah dikurangkan.Homeworks tahun lepas :))
~BM(4 karangan)
~SN(buat nota F2 chapter 1-4)
~MT(assignment)
~KH(kerja kursus)
~GEO(Folio jenis pekerjaan di kawasan perumahan saya)
~KAUNSELING(kaedah belajar)
Sapa yang siapkan semua kerja sekolah ni tahun lepas sebelum balik semula ke sekolah dan TANPA MENIRU,saya ucapkan tahniah lah sebab rajin betul :3 Banyak tuuu kan homework tahun lepas.Nak tahu homeworks tahun ni apa je?
~DEUTSCH
-Cari maklumat pasal festival “Fasching” dan tulis dalam Bahasa Melayu.Tak pasti guna tangan ke atau computer.Kalau rajin buat dua-dua.HAHA.Lepastu design satu baju untuk festival fasching.
~KH(kerja kursus)
boleh check maklumat kat group Sina.Kalau ada sebarang pertanyaan,boleh tanya Azim Chik.
~SCIENCE
-buat mindmap dekat buku hardcover Science warna biru pasal chapter 1 and 2 Form 3.
-ulangkaji chapter 1 &2 F3(balik nanti ada test :P)
Kacang kan?Maaflah kalau ada yang tersalah kat mana-mana homework ni.Dah,tak payah merungut.Tengok senarai,korang nak senarai tahun lepas ke tahun ni? :p Eh tapi kann,teacher Haslina takde bagi assignment pulak kan padahal haritu teacher kata nak bagi. Baik korang siap sedia,entah2 hari first nanti teacher buat test assignment tu.Haihh,habis lahh.

Alhamdulillah,periksa akhir tahun 2011 tamat jugak dan kalau korang sedar,ini lah exam PAT last kita untuk tahap menengah rendah pasal tahun depan tak ada final exam.Pasal apa tak da? Tahun depan kan kita Form 3 dan seperti yang sedia maklum,tahun depanlah “peperangan” kita bakal bermula.PENILAIAN MENENGAH RENDAH(PMR).Dengar 3 huruf ni pun dah kecut perut apatah lagi bila nak jawab nanti T.T Semoga kita semua,pelajar kelas Sina dapat 8A.AMIN :) Oh,tahun ni result tak hantar kat rumah macam tahun lepas tapi diitampal dekat board ranking exam.
Dan jeng jeng jeng,kelas Sina berjaya “melahirkan” 2 orang pelajar yang dapat 12 A semua subjek dan tak ada sebarang B dan 2 orang ni je yang dapat straight A’s dalam batch*tepuk kuat-kuat* Orangnya dah dapat dijangka dah siapa.TAHNIAH AZIM CHIK DAN NOR AZEERA IRNEE :) Untuk top 10,kelas Sina ada 5 orang yang tersenarai dan untuk top 30 pulak,ada 11 orang.Rasanya kelas kita yang paling banyak dapat top 30,ALHAMDULILLAH.Tahniah jugak untuk semua budak kelas Sina sebab kita dah sama-sama berusaha untuk buat yang terbaik dalam final exam ni.Jangan mengalah lagi kalau result exam kali ni tak seperti yang diharapkan.Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya kann?Yang penting kita kena sama-sama usaha untuk tingkatkan prestasi masing-masing.Remember,THE REAL BATTLE BEGINS NEXT YEAR*kecut perut tak? :))* Tak mustahil siapa yang dibawah boleh naik atas dan tak mustahil jugak siapa yang di atas boleh turun bawah.Jadi,kenalah study rajin-rajin untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik*wah,semangat pulak saya ni xD * Kalau dari pemerhatian saya lah kan,semua subjek ni….
BM ~ Pemahaman,entah kenapalah kali ni budak kelas kita boleh ramai pulak sangkut.Pemahaman memang agak susahla,cikgu Aida pun kata macamtu.Tapi Alhamdulillah,penulisan saya tengok ramai yang dapat A dan 90 ke atas dan berjaya cover pemahaman ni :3 Tapi sebab pemahaman nil ah,BM taka da sorang pun kelas kita yang dapat 90 +.Sedih tak?
HIGHEST MARKS: NOR AZEERA IRNEE
BI ~ Subjek ni result terbaik kelas kita sebab dapat A dan B SAHAJA.Serious,seronok gila :D Tak ingat pulak berapa tapi lebih kurang 12 hingga 14 orang rasanya yang dapat A.Yang selebihnya dapat B dan B tu pulak 70+.Memang sayang gila lah T-T Dan thanks Teacher Aqilah sebab bagi free 1 markah. Hehe :D
SN ~ Ahah,ni susah nak kata la.Killer subjek tak payah nak cakap.SN ni 10% markah dia untuk folio dan 4 test.90% lagi based on paper Science.Yang dapat A sikit lah,4 orang je kot kalau tak silap. Kan? Eh,ke 2 orang.Tak pasti pulak :3
HIGHEST MARKS :MUHAMMAD AZIM(CHIK)
MT ~ Lerr,ni lagi 1 killer subject budak kelas kita.SC dengan MATH ni memang tak boleh dipisahkan ye?Walaupun ramai yang dapat A(ada 8 orang) tapi yang selebihnya bawah daripada A.Tapi Alhamdulillah taka da sape gagal :) Kira meningkat lah tu kan?Teacher Haslina pun tak nampak macam marah.
HIGHEST MARKS :MUTMAINNAH RADHIAH
AI ~ Ini rasanya Alhamdulillah,tak ada masalah.Ramai yang dapat A dan rasanya paling kurang pun B. Tak ada yang dapat C kan?Walaupun ramai yang ragu-ragu jawapan,tapi syukurlah sebab kita dapat buat.
HIGHEST MARKS :MUHAMMAD AZIM(CHIK)
SEJ ~ Ini pun rasanya ramai yang dapat A.Paper kali ni agak mencabar lah sebab masuk F1 dan F2. Fakta kena hafal memang banyak tak terkata.Boleh pening dibuatnya.Tapi end up,F1 tak masuk banyak mana pun.Yang pergi pertandingan Deutsch tu beruntung dan kesian.Beruntung sebab ada banyak masa untuk study SEJ and Science tapi kesian sebab tak dapat enjoy banyak sangat time cuti seminggu.Hehe.Saya memang respect lah yang dapat highest mark Sejarah ni sebab dia ada 2 salah je daripada 60 soalan FORM 1 dan FORM 2.And rasanya,dia ni pun highest mark dalam batch kan? Bukan senang nak hafal dan jawab 2 salah je.Woahh :0 *buka mata besar-besar*
HIGHEST MARKS :MUHAMMAD AZIM(ABDULRAHMAN)
KH~ Subjek ni kelas kita kat tengah-tengah.Kadang-kadang OK,kadang-kadang KO.Tapi kali ni rasanya OK dan rasanya macam biasa,budak lelaki yang konker dapat A subjek ni.Saya pun tak faham macamana diorang boleh expert subjek ni.Perdagangan Form 2 jangan katalah,simpan kira dia memang terbaikk(Y) tapi bila kita dah faham,jadi seronok pulak kan?Hehe.
HIGHEST MARKS :MUHAMMAD AZIM(CHIK)
GEOGRAFI~Yang ni nak cerita seronok :B Kelas kita naik mendadak 100%.Rasanya keseluruhan,semua orang ada peningkatan dalam subjek ni kan?Kalau dulu,ni lah last minute subjek yang semua orang study dan semua orang rasa boring.Tapi time final exam ni,saya ingat lagi semua orang study gila-gila subjek Geografi masa malam prep*hampir semua*Tak pernah saya tengok diorang semangat macamni subjek Geo.Hehe.Dan,thanks kepada akak-akak F3(tak ingat sapa)sebab sudi datang kelas Sina dan ajar budak kelas kami sampai ramai yang dapat A sebab sebelum ni yang dapat A,geografi boleh kira dengan jari je :3 Rasanya ada 10 orang yang A subjek ni kan?
HIGHEST MARKS :MUHAMMAD AZIM(CHIK)kenapa asyik budak yang sama?:))HAHAH,jk xD
PENDIDIKAN SIVIK~Subjek ni?Nak komen apa lagi?Dah 100% semua orang A tak payah nak komen lah :)) Kesimpulannya,semua pelajar kelas Sina ada sifat Mahmudah,kesedaran Sivik,jati diri yang tinggi dan berbudi bahasa sebab semua dapat A.LOL*dah,dah.kempiskan hidung tu balik :))
HIGHEST MARKS :MUHAMMAD AZIM(CHIK) & NOR AZEERA IRNEE
PENDIDIKAN KESIHATAN~Yang ini saya tak ambil tahu sangat sebab subjek elektif.Rasanya semua orang padang ringan kot subjek ni xD Dahla masuk markah folio sekali,dan kelas Sina markah folio highest pun 15/20 -.-“ Nasib baik PJK yang masuk babnye sikit je,tak ada banyak .Tapi rasanya tak ramai yang dapat A sebab tak kisah sangat :B
HIGHEST MARKS : [TIDAK DIKETAHUI]
BAHASA JERMAN ~ Err,ni ada 6 orang je yang dapat A kalau tak salah.Sila angkat tangan siapa yang jawab paper dengan jujur tanpa sebarang tiru/perbincangan/jawapan dari cikgu.Ok,rasanya ada berapa kerat je :)) Soalan dia jangan katalahh.Frau Gan suruh baca semua tapi yang masuk F2 je T-T Memang tak expect betul soalan susah macamtu terutamanya dialogue tu.
HIGHEST MARKS :NURUL SHAHIRAH
MUZIK~Subjek Muzik masuk markah folio muzik dan choir sekali.Jadi,siapa yang hantar in time dapat lah full mark :3 Hampir semua dapat A,selebihnya dapat B.Ok lah tu kann.Ingat lagi,siapa yang dapat C kena nyanyi dekat bilik guru xD Nampaknya,tak kesampaian hajat cikgu-cikgu nak tengok siapa yang “bertuah” nyanyi sebab tak ada sapa dapat C xD ALHAMDULILLAH
HIGHEST MARKS :MUHAMMAD ARIS
Jadi tahun depan harap-harapnya kita dapat buat lagi baik dari tahun ni.Insyaallah :) Selamat belajar dan bercuti.Cuti,cuti jugak.Jangan sampai lupa pulak jalan nak balik sekolah :p Assalamualaikum wbt :)
Nota kaki :Katakan TIDAK pada streaming -.-"