What's up Sinans?
Lagi berapa hari je nak balik?Siapkan homeworks masing-masing cepat ^^
Nak pegi mana?

Profile Blog Links Credits Previous Layout
How's your day with Sinans?

 awesome Sinan(s) are stalking
Who's Sinans?
Assalamualaikum and hi strangers!Thanks for visiting this blog.This is Sina United's blog.This blog is made to share our sweet-bitter memories together as classmates in an awesome school named SABDA.Enjoy your stay here! :)

Pageviews
Wishlist of Sinans
Semua Sinans dapat top 60
Blog kelas Sina
Baju Kelas
Tiada streaming
Semua Sinans dapat 8A PMR
Recent Posts
Memories With Sinan's..
List of homeworks :)
New Comeback!
Exam oh Exam!!!
Cuti-cuti Sina..
SaBDa Territory
hot news: 4 in 1
t0p 10 Kenangan Manis Sina 2010
Sina 2011
Malang Nasibnya...

Utusan Hari Raya Diraja Sina United

Written at Friday, August 26, 2011 | back to top
Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa :)Terlebih dahulu,saya nak mintak maaf sebab dah lama tak tulis entry untuk blog Sina United ni dan menyebabkan blog ni dah berhabuk berdekad lamanya iaitu lebih kurang 2 bulan setengah. Biasalah,semua orang sibuk.Ditambah pulak dengan exam yang baru lepas ni,jadi masa yang ada tu sebenarnya tak ada banyak sangatlah.Zam pun dah macam tak aktif tulis kat sini,jadi saya ambil keputusan untuk buat entry terbaru bersempena dengan "merdeka nak raya"

Ramadhan Al-Mubarak
stock vector : Ramadan kareem
Jadi yang pertamanya sekali saya nak ucapkan Selamat bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa kepada semua warga Sina United yang tinggal lagi 3 hari je.Tahun ni agak tak seronoklah sebab lepas balik pulang bermalam,esoknya terus 1st day puasa.Jadi,ada yang extend sebab nak bukak puasa dengan keluarga lah agaknya tu :) Tapi rasanya,puasa tahun ni kat sekolah tak berapa nak meriah berbanding dengan puasa tahun lepas dan tak tahulah kenapa.Kami pun ada jugak bukak puasa ramai2 1 kelas tapi tak adalah cukup sangat orangnya.Maksudnya,laki dengan laki dan perempuan dengan perempuan tapi 1 deret line lah jugak.Oh ya,solat tarawikh tahun ni pun dah dikurangkan dari 20 rakaat kepada 10 rakaat tapi best jugaklah sebab dapat solat tarawikh ramai-ramai kan :)Tapi,waktu minggu last dia gandakan jadi 20 rakaat balik.Ramailer jugak yang skip tu.


Memori Ramadhan Paling Tak Boleh Lupa
stock vector : Kids sliding on a rainbow

Jadi semalam yang bertarikh 25 Ramadhan,adalah antara kenangan yang saya rasa kami 1 kelas tak mungkin lupakan.Nak dijadikan cerita,semalam Teacher Aqilah masuk kelas tapi time tu tak belajar,jadi kitorang sembang-sembang dengan teacher.Lepastu sapa entah yang ajak cerita pasal H _ _ _ _.Jadi,yang lain semua sokong,konon berani sebab bulan puasa kan :p.Lepastu pegi tutup tingkap,lampu dengan pintu.Series,gelap gila dan berkumpul kat depan ramai-ramai(sebenarnya semua takut walaupun bulan puasa dan siang :p)dan Teacher Aqilah kat tengah.Lama jugaklah cerita,kalau tak silap dari pukul 8.40 am sampai 11.20 am.Lama kan?:)) Banyak jugaklah kitorang cerita pasal H _ _ _ _,agama,macam-macam.Waktu Teacher Aqilah tengah cerita,tiba-tiba ada bunyi almari diketuk kat belakang."Pang,pang,pang".Dalam waktu 5 saat,semua orang senyap je dan tengok belakang.Lepastu,semua menjerit dan terus lari ke depan kelas menyorok sederet 1 line kat belakang tempat Teacher duduk(budak laki sekali!xD).Waktu tu semua orang tak ingat apa dah sebab ketakutan.Dengan kelas gelap,lagi-lagi tengah cerita pasal tu.Ada yang menjerit,lari lintang pukang,meja kerusi semua kena langgar.Lepastu kitorang menggeletar ketakutan belakang Teacher Aqilah :)) Teacher Aqilah pun macam terpinga-pinga.Tiba-tiba...pintu belakang kelas terkuak dan Azham,Ayep masuk dengan muka senyum kambing.Haih,rupanya diorang yang ketuk T_T Alahaii,nasib baik tak ada sape yang sakit jantung.Buat suspen je.Waktu kitorang lari tu,bising gila sampai 1 sekolah boleh dengar.Cikgu dengan murid-murid lain semua keluar kelas nak tengok apa jadi.Sampai kena tegur dengan Teacher Haslina,memang dasyat ler tu :/ Tak apalah,sekali sekala.Tapi,series lawak gila =)) Kenangan,kenangan :))

Pertandingan Bina Menara
stock vector : Cartoon city skyline - vector illustration.
Hari Rabu minggu ni pulak,kitorang ada pertandingan bina menara tertinggi dan paling stabil waktu Sains.Tapi,menara tu kena dibina guna straw.Group-group sains sina lawan dengan rushd.Kitorang kena buat dekat dataran dalam masa 30 minit.Saya tengok macam-macam ragam ada,tapi yang tak boleh belah semua group buat straw satu,dua batang tinggi-tinggi(sebab tak cukup straw) xD Sebab itu pun dikira jugak biar kira lagi tinggi.Last sekali,semua kena line up menara masing-masing dekat tepi dataran.Dalam saringan,4 group terpilih.Kelas kami,group Syila dengan group Haziq.Lagi 2,kelas Rushd dan akhirnya....group Haziq dari kelas SINA berjaya menang no.1 :D no 2 dengan 3 group kelas Rushd.Dan kesian dekat group Azeera,sebab menara diorang tinggi tapi tak berapa stabil dan waktu pemilihan,jatuh pulak T.T.Tak apalah tak ada rezeki.Yang menang tu,dapat hadiah makanan ringan seplastik satu kumpulan.Haih,jeles lah jugak.Hulur-hulurkanlah sikit dekat kami yang tak menang ni :p

Kad Raya
stock photo : 3D Illustration of a Kid Holding a Flash Card with the Letter C
Dalam minggu ni lah jugak rasanya,kitorang ada dapat kad raya dar Shafiqah.Shafiqah kan dah pindah,jadi dia kirim kad raya untuk kitorang :/ Mungkin sebab tak dapat raya sekali dengan kitorang kat sekolah nanti.Kad dia comel tapi ayatnya sikit je T_T Dia pecah-pecahkan orang dalam kumpulan.Yang saya ingat,abah(syafiq),emak(ciah),mak cik(syai,tirah,alieya,aina),adik(nisa,radhiah,wafie,zafran,azim chik) tapi yang kesiannya Aiman sorang-sorang jadi saudara :)) Kad tu kitorang tampal dekat tengah whiteboard,tapi sekarang ni lesap tak tahu pegi ke mana.Ada orang yang simpankanlah agaknya kan.Apapaun,Shafiqah..terima kasih bagi kad raya kat kitorang,buat susah-susah aje.Ingat lagi kau kat kami semua :)

Selamat Hari Raya
stock vector : eid-ul-fitr celebrations
Jadi,hari ini ialah tarikh yang paling ditunggu-tunggu oleh kami semua,1 kelas iaitu tarikh pulang bermalam untuk Hari Raya.Tadi,mesti semuao orang senyum lebar dapat berbuka dengan keluarga ;D Yelah,walaupun ustaz mohamad bagi kebenaran balik seminggu je iaitu sampai syawal yang ke 6,tapi redha je lah kan.At least dapat jugak raya dengan keluarga.Yang lagi kesian F3 dengan F5 sebab balik hujung Ramadhan je.Tapi ada jugaklah kes ramai budak 'fly' balik awal.Haihh.Lepastu beg barang-barang diorang kena rampas.Kesianlah jugak.Alhamdulillah,kelas kami tak adalah pulak yang berani nak buat macamtu.TAHNIAH.Kelas lain tak tahu lah pulak kan.Lepastu nak raya tahun ni,ramai pulak budak kelas kami rajin hantar kad raya buatan sendiri(ye lah,mana ada balik rumah beli kad raya kan).Buat sendiri je lah yang mampu.Kira rajinlah jugak sebab tahun lepas tak de sape pun teringin nak buat macamni :P Jadi kesempatan ni,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Mohon maaf zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa/terkutuk dan menyakiti hati :) Raya-raya jugak,balik karang jangan ada yang tak cukup sifat sudahlah ye xD Oh ya,balik kang bawaklah kueh raye tu banyak-banyak menyumbang untuk jamuan ;P LOL

Homeworks
stock vector : School bag with books - vector illustration.
Oh ya,seperti kebiasaan adatlah cuti kalau tak ada homeworks.Macam tak lengkaplah pulak kalau tak "diserikan" untuk buat kerja sekolah yang cikgu bagi.Jadi untuk kali ni,homeworks kita

a)Folio Sejarah
b)Folio Sivik
c)Folio PJK
d)Nota KH:perdagangan bab yang dah belajar

Untuk folio sivik,saya bagi format esok je lah ye.Lagi satu,kalau nak format folio sejarah dengan PJK,boleh rujuk post yang lepas :)

Nama cikgu Sejarah :Cik Zakiyah Binti Abdul Kadir
Nama cikgu PJK :Puan Fadzillah Binti Dahalan & Puan Norhaslizawati Binti Abu Bakar(saya tak tau kena tulis dua-dua atau satu je)

Baiklah,rasanya setakat tu je kot.Ingat ye hari Isnin ni ada ape :) Assalamualaikum,selamat bercuti dan selamat berhari raya :D Jangan lupa kumpul duit banyak-banyak untuk bayar duit kelas :))