What's up Sinans?
Lagi berapa hari je nak balik?Siapkan homeworks masing-masing cepat ^^
Nak pegi mana?

Profile Blog Links Credits Previous Layout
How's your day with Sinans?

 awesome Sinan(s) are stalking
Who's Sinans?
Assalamualaikum and hi strangers!Thanks for visiting this blog.This is Sina United's blog.This blog is made to share our sweet-bitter memories together as classmates in an awesome school named SABDA.Enjoy your stay here! :)

Pageviews
Wishlist of Sinans
Semua Sinans dapat top 60
Blog kelas Sina
Baju Kelas
Tiada streaming
Semua Sinans dapat 8A PMR
Recent Posts
Exam oh Exam!!!
Cuti-cuti Sina..
SaBDa Territory
hot news: 4 in 1
t0p 10 Kenangan Manis Sina 2010
Sina 2011
Malang Nasibnya...
Welc0me!!!SINAns!!!

New Comeback!

Written at Friday, April 29, 2011 | back to top

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)


Dah lama blog Sina ni berhabuk tak bertulis.Maaf sangat sebab dah lama tak update.Sebenarnya memang ada niat nak tulis tapi tak ada password.Sekarang ni dah bulan 4,tengah tunggu countdown nak masuk peperiksaan pertengahan tahun je lah.Bulan ni tak ada banyak sangat aktiviti kelas tapi minggu ni seronok sebab ada macam-macam kitorang buat sama-sama :)

Minggu bahasa

Minggu ni ialah Minggu Bahasa.Jadi,untuk kitorang kelas 2 Ibn Sina yang belajar Bahasa Jerman ni,kitorang pun ada lah jugak aktiviti.Seronok jugak.Hari Isnin tu,kelas form 1 & 2 Ibn Sina pergi dewan sebab ada aktiviti menyanyi lagu dalam Bahasa Jerman.Seronok lah jugak.Yang saya ingat ada lagu millionar,Paule Puhmanns Paddleboot,Bruder Jakob.Tapi yang paling kitorang suka lagu "Drakula". Semua orang hafal lagu tu :)) Lepastu hari Rabu yang sepatutnya ada aktiviti Kokurikulum digantikan dengan pertandingan Ostereir(kalau tak silap).Apa Ostereir?Painting telur je macam gambar kat atas ni,nama je terlebih gempak xD Kami kelas 2 Ibn Sina duduk kat belah kiri kantin ramai-ramai.Sebelah kanan lelaki,sebelah kiri perempuan.Tapi kebanyakan yang saya tengok,guna 1 warna je.Frauu Gan galakkan guna esen untuk buat kek tu sebab kalau guna water colour,takut beracun bila nak makan nanti tapi adalah jugak yang degil guna water colour termasuk saya.Malangnya,pewarna yang digunakan tu tak mau tanggal bila dibasuh dengan air.Barulah Frau Gan cakap rupa-rupanya pewarna tu cuma akan tanggal dalam masa 2 hingga 3 hari.Ramai yang tangan dah jadi macam abstrak.Yang kena pewarna kat pipi tu,nasiblah tak mau tanggal.Tapi,pertandingan tu memang seronok.Lepas habis siap keringkan telur tu semua,kitorang main-main kat laman kantin tu.Adalah jugak buat cheers GO SINA tapi kelas kami kena "boo" dengan kelas lain.Memalukan je.Lepastu kitorang ada nyanyi lagu Happy Birthday untuk Syila kuat-kuat kat kantin.Dia dah malu dah.Masatu ramai orang tepuk tangan kuat-kuat.Alhamdulillah,untuk Form 2,tiga orang yang menang semuanya budak kelas Sina lagi,sama macam tahun lepas.Tahniah kepada siapa yang menang,tapi saya tengok semua memang cantik-cantik :)

RESULT UP1



Alhamdulillah,untuk UP1 ni kelas kami dapat result yang agak memuaskan jugak.Tapi yang agak gembira,ada 6 orang dapat top 10.Tahniah la kepada yang berkenaan.Dalam top 30,ada 7 orang.Saya tahu kita sebenarnya dapat buat lagi bagus daripada ni.Jadi pertengahan tahun ni harap dapatlah buat betul-betul sebab exam kali ni lagi penting.Tambah-tambah,kelas kita ramai saingan yang pandai-pandai.Kita kan nak masuk kelas 3 Ibn Batutah sama-sama tahun depan.Walaupun target top 60 tak kesampaian,saya yakin PPT ni kelas kita dapat buat lagi baik.Insyaallah.GO SINA! :)


SAMBUTAN BIRTHDAY SYILA


Nampak tu budak perempuan dalam gambar ni?Sambutan birthday dia seronok sebab kat kelas,sambut 3 hari berturut-turut.Dari hari Rabu sampailah hari Jumaat.Syila,aku minta maaf promote gambar kau kat sini tanpa izin.Hari Rabu tu kitorang nyanyi lagu birthday untuk dia kuat-kuat, lepastu malam Khamis waktu prep kitorang celebrate jugak baling bedak.Bising gila,kelas bersepah,nasib baik cikgu bertugas tak sedar.Nasib baik.Akhirnya selamatlah,semalam hari lahir budak ni tanggal 29 April sama dengan tarikh perkahwinan Prince William dan Kate Middleton.Nasib dia tak dijemput pergi perkahwinan tu :p Syila,kau dah bukak belum Cadbury tu?;)


PERTUKARAN JADUAL
stock photo : Green board in wooden frame with school weekly timetable and kid's hand-made drawings
Saya tak tahulah sekolah dalam 1 tahun,akan tukar berapa jadual.Kali ni tukar lagi tapi tak ramai sangat cikgu yang tukar.Cuma,cikgu yang tukar tu cikgu yang best-best diorang mengajar.Teacher Harfidah yang ajar kami Bahasa Inggeris dulu,sekarang ganti dengan Teacher Sari.Dia ajar pun best jugak :) Sivik,kalau tak Ustazah Rohana lepastu tukar dengan Ustaz Safwan.Setakat ni,kami cuma main-main dan tak belajar lagi :/ Risau jugak nak exam ni walaupun subjek Sivik je pun.Lagi sorang,Cikgu Aida ganti dengan Cikgu Azilah.Nasib baik Cikgu Aida still ajar kitorang BM.Cikgu Azilah ajar seronok,cepat faham.Harap-harap lepasni tak adalah tukar cikgu lagi.Saya dah tak sanggup.
HARI JUMAAT BERSEJARAH
Semalam hari Jumaat,boleh pakai baju batik sebab dah nak balik.Tapi semalam seronok sangat,sebab pagi tu hujan lebat.Waktu rehat masa tu,paling best sebab koridor sekolah lebat kena hujan.Lepas rehat waktu Bahasa Melayu,Syafiq,Azim CR dengan Aris datang lambat.Waktu tu,Cikgu Aida dah masuk.Kesian diorang kena nyanyi lagu Aspalela.Lepastu Daniel pulak lambat masuk,kena nyanyi lagu Doraemon.Cikgu Ada request suruh nyanyi lagu macam-macam,dah lupa apa.Tapi time tu memang best.Yang tak best dekat-dekat waktu nak balik tu,Cikgu Yusof masuk kelas nak buat penilaian untuk kelas trbersih /terkotor.Dahla waktu tu ramai yang tidur,atas locker ada barang,buku bersepah atas meja,lantai
ada bedak,memang tak dapat nak selamatkan apa-apa lagi lah.Tapi nasib baik,Isnin depan cuti. Sekurang-kurangnya tak adalah baca keputusan :D Masa nak balik pun,hujan lagi.

PERINGATAN

~Cuti-cuti jugak,tapi kita takkan terlepas punya daripada homeworks cikgu,jadi redha ajelah kalau nak pandai.Untuk cuti kali ni,sapa yang dah siapkan banyak homework awal,rasanya tak ada bebanan sangat.

a)Nota GEObab 10 & 11 + peta
b)Nota KH Lukisan teknik
c)Nota AI(mana yang dah belajar)
d)BJM-Arbeitsbuch
e)Folio sejarah + PJK(dateline lambat lagi)
f)Persediaan untuk PLBS BM & BI

-Esok,1 Mei 2011,Hari lahir Muslihah Binti Yusof,PKK 2 Ibn Sina.Jomlah ramai-ramai kita wish Ciah :D

-Happy Birthday Athirah Binti Nazaruddin,bulan 4 jugak :) [sapa yang lahir bulan 4 tapi tak ada mention kat sini,saya minta maaf.Saya tak ingat sangat]

-Haritu ada orang cakap(tak ingat sapa)lepas cuti ni bawak gambar sendiri tak kiralah waktu kecik atau dah besar panjang.

Rasanya tu je lah.Kalau homeworks atau peringatan tu ada yang tak betul,tolong bagitahu dan maaf zahir batin.Selamat bercuti tapi jangan enjoy sangat,PPT belum lepas lagi.Cuti 2 minggu nanti baru boleh seronok sikit :D Assalamualaikum

Nota kaki : Group 'Sina United' kat Facebook tu macam dah berhabuk tak ada apa-apa perkembangan. Korang rajin-rajinkanla diri "meriahkan" group tu :)

Ditaip oleh :Khairunnisa Nadiah