Assalamualaikum w.b.t :) Alhamdulillah bulan Februari ni dapat jugak cuti hujung bulan walaupun cuma 3 hari je.Kelas kitorang ramai jugak yang tak balik,tak apa.kuat semangat :))Azim Chik pun tak balik.TAHNIAH.Semoga korang bergembira dekat asrama.Hahah.Bulan Februari ni banyak jugaklah benda jadi tapi tak berapa nak ingat sangat.
JALAN ITIK

Nak dijadikan cerita,satu hari cikgu Science kitorang buat quiz pasal chapter 2:nutrition.Mula-mula ingat nak lawan ikut group tapi lepastu tukar lelaki vs perempuan. Cikgu ada kata sape yang menang boleh buat ape je kepade yang kalah.Saya sebenarnye memang dah expect dari awal laki akan menang.Yelah,budak laki kelas kami saye tengok main,tido dalam kelas tapi pandai jugak =,=" Dan punishment tu yang buat saye risau,takut budak laki suruh buat benda memalukan/tahape ape.Masatu budak perempuan banyak gila kena tolak markah dan saya adalah salah seorang penyebabnye markah ditolak walaupun cikgu bagi soalan senang,budak laki dah sorak-sorak gembira.Seperti yang saya jangka,budak laki menang.Keputusan teruk gila kot. 100(L) dan 33(P).Malu budak perempuan jangan cakaplah.Mula-mula diorang suruh bawak barang diorang balik kelas sebab science masetu last subject sebelum rehat kedua lepastu entah siapa yang "BAIK HATI" sangat kasi upkan lagi punishment,KENA JALAN ITIK dari science lab sampai kelas.Masatu saya ingat budak laki main-main,yelah kalau ikut logik saya takkanlah kami nak jalan itik pakai kain depan budak laki lepastu lalu kelas F2 yang lain.Tapi lepas keluar pintu cikgu cakap "cepat duduk jalan itik".Nak tak nak terpaksa lah jugak buat.Nasib baik masa
tu kelas F2 lain semua dah pergi rehat,yang tengok kami cuma F5/F3 dan ada 2 orang budak F1 -_- Hanya tuhan je lah yang tahu betapa malunya kami masatu.Nasib sekerat jalan je tak betul-betul sampai kelas,budak perempuan masatu ada yang nangis dan marah-marah.Entahla,tapi saye tak adalah nak rasa sakit hati sangat tak tahu kenape,yelah adat pertandingan ada menang ada kalah.jadi kena terima ajelah kan,kalau kitorang yang menang pun saya rasa kami akan buat lebih kurang yang laki buat kat kami.Tapi tak apa,bila tahun depan ingat balik mesti korang rindu benda tu =P
Sambutan maulidur rasul tahun ni meriah la jugak kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Kami kena buat banner ikut kelas pade hari Selasa cuti tu tapi tak meriah sangatla sebab tak ramai yang datang terutamanya budak laki.Kalau setakat yang saya kira,ada 25 orang datang jenguk kelas tapi ada yang sekejap-sekejap je.Sebabkan buat banner,kami hampir-hampir terlepas makan kat DM.Nasib baik sempat :))Masatu yang paling semang Zafran le tapi die yang datang lambat dari kami -.- Tapi sedihla jugak tak menang kan,yang menang dalam batch F2 kelas Khaldun.Tapi tak apalah,dengar khabar angin dari Hadziq kelas kami menang no 8 dalam keseluruhan.Waktu perarakan tu panas terik tapi seronok.Saye tengok ramai dah orang berpeluh.Tapi geram jugaklah tengok diorang main-main lepastu selawat macam dengar tak dengar je perlahan sangat.Tak apalah,tahun depan harap-harap lagi bagus :)

Seperti yang dijanjikan,lepas cuti haritu ada pertukaran jadual.Ada yang seronok dan ada pulak yang tak seronok.Nasib baik masa dipendekkan sampai 4.45 p.m tapi takat 15 minit je saya rasa lebih kurang sama je dengan balik pukul 5 p.m.Dan yang paling seronok kami dah tak belajar pendidikan seni visual lagi dan tukar balik dengan kelas Batuttah dapat muzik.Cikgu muzik pun tukar macam dulu,dapat Cikgu Fadzillah.Alhamdulillah,saya dah terseksa dah untuk melukis sebab memang tak berbakat dalam seni.Lepastu yang sedih sebab tukar cikgu yang kitorang memang dah ngam tapi harap lepasni oklah kan .BM daripada Cikgu Munirah tukar dengan Cikgu Aida.Dia ajar BM seronok,banyak cerita-cerita =D Kerja sekolah pun tak banyak. Hehe.Cikgu ni pun ajar kami Sejarah.Saya rasa ramai budak kelas kami sedih sebab Ustaz Rohimi dah tak ajar kami masa awal-awal dulu.Yelah,dia ajar kami lama dari masa mula-mula masuk F1 sampailah tahun ni.Dia ajar seronok,tak adalah rasa tension nak hafal fakta,mungkin sebab ustaz, kelas kami adalah antara kelas terbaik untuk markah subjek ni.Saya harap lepas Cikgu Aida ajar,pun seronok macam ustaz rohimi :) Harap cikgu dapat explainkan sekali pelajaran untuk subjek Sejarah ni.KH pun tukar dapat Cikgu Yusof,cikgu yang ajar kami tahun lepas untuk KH.Kalau idak Cikgu Mazlan.Tapi saya tengok ramai budak kelas kami nak Cikgu Mazlan.Err,no komen :D
Cuti 3 hari ni alhamdulillah tak ada banyak kerja sekolah sangat.Untuk yang balik rumah dan dah sampai tak ingat kerja sekolah tu,meh saya tolong listkan supaya kita tak kena marah dengan cikgu bila bukak sekolah nanti.
a)Math-assignment
b)BJM-exercise kat paper cikgu bagi
c)KH-nota bab 2:elektronik
d)BM-karangan 3 salinan + latihan
Rasanya itu aje lah.Kalau ada yang tertinggal,mintak maaf sesangat.Insyaallah,kalau ikut jadual peperiksaan ujian penilaian 1 start 21 March 2011,2 minggu lepas cuti sekolah.Jadi kepada budak-budak Sina sekalian,janganle asyik enjoy je cuti 2 minggu tu nanti.Main,main jugak ulangkaji jangan lupa.Saya tahu kelas kita antara kelas yang paling banyak saingan,kadang-kadang saye pun tension jugak.Kenapelah budak kelas kita ni semua pandai-pandai -_-" Tapi insyaallah,kita dapat buat yang terbaik.Saya targer ujian UP1 ni budak kelas kami semua sekali boleh dapat top 50.Kan kita nak 1 kelas dapat top 30 untuk masuk kelas elit-3 Batuttah tahun depan.Benda tu tak mustahil.Jadi jom sama-sama start belajar dari sekarang.Tapi harapnye tak adalah yang gila study sangat ye :) Tapi jangan lupa pulak nak tunaikan solat 5 waktu.Ingat.."USAHA,DOA,TAWAKAL"
Rasanya setakat tu je lah.Kelas kami sedang berusaha untuk menghias kelas secantik mungkin setelah 2 kali rasanya menang anugerah kelas terkotor.Kepada AJK kebersihan dan keceriaan,sila laksanakan tugas anda sebaik mungkin :) Eh lupa pulak,yang tulis entry ni bukan Zam sebab Zam tengah ada nun di SABDA.selamat kembali ke SABDA esok kepada budak-budak Sina yang balik ni :)
Assalamualaikum.