What's up Sinans?
Lagi berapa hari je nak balik?Siapkan homeworks masing-masing cepat ^^
Nak pegi mana?

Profile Blog Links Credits Previous Layout
How's your day with Sinans?

 awesome Sinan(s) are stalking
Who's Sinans?
Assalamualaikum and hi strangers!Thanks for visiting this blog.This is Sina United's blog.This blog is made to share our sweet-bitter memories together as classmates in an awesome school named SABDA.Enjoy your stay here! :)

Pageviews
Wishlist of Sinans
Semua Sinans dapat top 60
Blog kelas Sina
Baju Kelas
Tiada streaming
Semua Sinans dapat 8A PMR
Recent Posts
Format folio sivik
Utusan Hari Raya Diraja Sina United
Memories With Sinan's..
List of homeworks :)
New Comeback!
Exam oh Exam!!!
Cuti-cuti Sina..
SaBDa Territory
hot news: 4 in 1
t0p 10 Kenangan Manis Sina 2010

Entry baru untuk blog berhabuk :)

Written at Sunday, November 6, 2011 | back to top
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera :) Dah lama rasanya tak buat entry untuk blog Sina,dah berhabuk dah pun.Jadi,saya rajinkan diri jugak untuk buat entry baru.Oh ya,background dah nak tukar.Tak tau lah lawa ke tak..Kalau tak lawa bagitahu lah ye,boleh cari yang baru.Sebelum tu,saya ambik kesempatan ni untuk ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua warga SINA UNITED :)Seronok ye balik kampong?Jangan lupa,esok balik sekolah balik T.T Jangan ada yang extand plak,karang terlepas jamuan kelas,rugi je bayar :P Kitorang lah yang untung habiskan makanan korang.HAHA.Ok,dah merapu.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Antara tarikh 17 hingga 21 Oktober 2011,kitorang ada peperiksaan akhir tahun 2011 tapi sekejap je iaitu dari Isnin hingga Jumaat.Jadual dia agak OKlah sebab subjek sampingan gabung dengan subjek teras.Jadi,tak adalah tension sangat en.Lagipun exam kali ni syok,sebab exam Isnin-Jumaat,Jumaat terus balik rumah seminggu.Itu yang seronoknya boleh enjoy sekejap -.-“(ceh,tak padan tahun depan nak PMR).Tapi yang paling syoknya ialah hari _____ waktu periksa Deutsch.Time tu semua orang tengah pening kepala sebab last page kena buat dialog kat restaurant.Saya tahu ramai yang tak expect essay ni yang akan keluar,jadi ramai yang tak hafal(kecuali AZIM CHIK rasanya –“heh)Waktu tu Cikgu Hafizee yang jaga,semua orang nampak tension.Lepastu cikgu buat lawak tulis dekat papan putih dialog Ali-Siti.LOL.Siapa ingat?Dan cikgu punyalah baik hati,ada ‘tolong’ certain orang bertuah tengok kertas.Kesian Frauu Gan.Tahun depan kami buat betul-betul lagi ye?xDSetakat ni subjek yang dah dapat lengkap – Deutsch,Bahasa Inggeris,Mathematics

DEUTSCH-5 orang je yang dapat A.Agak sedihlah jugak dan Frauu Gan pun nampak kecewa. Paling tinggi,SHAHIRAH HAFIT,88 markah pulakk.Tapi yang lawak waktu Frauu Gan komen pasal dialog kitorang.Ramai yang buat ayat lawak2 :)) Antaranya yang saya ingat,”Wir mochten du.LOL.

BAHASA INGGERIS-Yang ini gembira,10 orang dapat A.Selebihnya dapat B dan tak ada C dan D.Kebanyakan dapat B,70+.Sayang je dah nak dekat A :/ Tapi nak buat macamana.Doalah kan Teacher Aqiilah lembut hati bagi ramai lagi A :DD AMIN.Tapi Teacher Aqilah kata teacher puas hati dengan markah kita :) Berusaha lah lagi ye Sina!

MATHEMATICS-Math pulak dah jadi adat,’killer subject’ untuk kebanyakan student kelas kami :/. Yang dapat A,7 orang.Tahniah,OK lah tu.Teacher Haslina pun tak nampak macam marah :) Yang highest,MUTMAINNAH RADHIAH.Tahniah Radhiah,91%,tinggi tu :0 Dan yang dapat A yang lain pun orang yang dah dapat expect dah sapa-Syafiq,Azim Chik,Haziq,Azeera,Syifa,dgn Salehuddin.

PERTANDINGAN CHOIR MUZIK


Hari Rabu,2 November 2011,kitorang ada pertandingan choir antara kelas(RUSHD,SINA,ZUHR).Malam prep tu kitorang ada latihan dekat bilik Muzik.Sina nyanyi lagu Bunkface(ape ntah tajuknya)dengan Warisan.Ramai jugaklah yang tension sebab suara tak berapa nak keluar.Saya masih ingat lagi ayat Hadziq time tu,’FAHAMILAH WANITA’.Haha. Esoknya pulak,kitorang choir pakai baju kelas

dan seluar slack.Syafiq cabut undi,dapat no 1 T.T Tak apalah,redha.Nak buat macamana kan dah rezeki cabutan no 1.Masa mula-mula tu berdebar lah jugak.Sebelum tu time warm up sebelum pertandingan,kitorang nyanyi lagu nasyid.Lagu apa ntah,dah lupa xD Ok kot persembahan kitorang,tapi rasa macam kejap je. Erm,kelas Rushd punya gempak.Sebab tu lah kot dapat no 1,diorang nyanyi lagu Bunkface.No 2 kelas Zuhr nyanyi lagu SAHABAT.Sina?Seperti yang dijangka,NO 3 PASTI DALAM GENGGAMAN! :))

Lepas pertandingan,ada lagi banyak masa.Setiap kelas kena hantar wakil.Wakil kelas Zuhr nyanyi lagu menatap wajahmu rasanya,kelas Rushd pulak nyanyi lagu jiwang.Apa ntah. Kelas Sina?err,tak tahulah apa yang budak laki buat kat atas pentas tu –“ Tapi lepastu kitorang nyanyi ramai2 lagu Kalau berpacaran,cinta muka buku,etc.Seronoklah!Tapi kesian jugak dengan kelas Battutah dengan Khaldun tak dapat join kitorang berseronok xD

JAMUAN KELAS


Rasanya ramai yang tak sabar-sabar nak tunggu jamuan kelas kan?Kalau ikut jadual,jamuan kelas Sina hari Rabu,16 November, minggu terakhir sekolah.Insyaallah.Mengikut kata ceti kelas Sina,nak makan KFC,lepastu apa entah lagi.Doakanlah banyak-banyak supaya budget kelas kita mencukupi ye :) Oh ya,dalam minggu ni jugak kitorang ada buat votes untuk 14 award,so maksudnya semua akan dapat jadi tak perlu risau :DD Yang saya ingat,ada award mr/mrs sina,alim,pemalu,polite,clever,heh dah lupalah xD Tungguhlah keputusannya time jamuan nanti ;D Oh ya,ramai jugak yang berkempen supaya diundi. HAHAH.Macam politik pulak dah.Tapi,antara agenda masa jamuan kelas nanti :-

a)Tukar hadiah lelaki-perempuan b)Pengumuman keputusan award(ada hadiah rasanya) c)Makan-makan d)Tangkap gambar

Rasanya tu je lah kot :/ Kalau nak Tanya apa-apa pasal jamuan,bolehla Tanya Azim Chik atau Syairah Atiqah.Rasanya diorang yang handle bab jamuan ni =]

PENGUMUMAN

a)6 November ni,hari lahir Wafiqah Binti Ismail dan 20 November ni pulak hari lahir Alieya. Jomlah sama-sama wish untuk diorang :0 Sapa yang rajin sediakanlah hadiah =))

b)TOLONG BAYAR DUIT KELAS kepada sesiapa yang tak lunas lagi.Diorang siap ugut kalau tak bayar duit kelas tak boleh makan time jamuan.Sampai hati ke korang buat macam tu?;)

c)SILA BELI HADIAH untuk acara tukar hadiah lelaki-perempuan nanti.Rasanya kita akan buat undian untuk dapat hadiah tapi yang sure,laki akan dapat hadiah dari perempuan dan perempuan akan dapat hadiah dari laki.Tapi pastikan,hadiah tu mesti harga antara RM 5- RM 10.

Hurm,rasanya tu je lah kot.Apapun,selamat menyambut Hari Raya Aidiladha!:)Mohom maaf atas segala kesilapan.Assalamualaikum wbt.