What's up Sinans?
Lagi berapa hari je nak balik?Siapkan homeworks masing-masing cepat ^^
Nak pegi mana?

Profile Blog Links Credits Previous Layout
How's your day with Sinans?

 awesome Sinan(s) are stalking
Who's Sinans?
Assalamualaikum and hi strangers!Thanks for visiting this blog.This is Sina United's blog.This blog is made to share our sweet-bitter memories together as classmates in an awesome school named SABDA.Enjoy your stay here! :)

Pageviews
Wishlist of Sinans
Semua Sinans dapat top 60
Blog kelas Sina
Baju Kelas
Tiada streaming
Semua Sinans dapat 8A PMR
Recent Posts
Sina United Forever!!!
PMR
Entry Rasmi Tahun 2012
Senarai Kerja Sekolah
List of Homeworks
Update Terbaru
Kerja Kursus Kemahiran Hidup
Once Sinans,always Sinans
This Is What We Call F.A.M.I.L.Y
Sina United :Bestfriends Till Jannah :)

Sina United Forever!!!

Written at Thursday, November 29, 2012 | back to top
Assalamualaikum;)
(jawab,..kalau tak jawab berdosa!!hehe..)

dah lama blog ni ditinggalkan dan sekarang aku nak menyambung khazanah yang ditinggalkan ...
-erkk,..dah terlebih merepek..-

PMR?? dah lepas but semua pun tengah berdebar-debar menunggu keputusan yang akan diumumkan pada 22 Disember 2012. Harap sabar ye semua... Berdoa banyak-banyak semoga kita bersama-sama peroleh keputusan yang cemerlang seperti target sekolah iaitu 100% 8A! InsyaALLAH..

Pasca PMR?? Tak tahulah macam mana nak cakap tapi agak hambar kerana aktiviti yang sepatutnya dijalankan tak tercapai kerana kesuntukan masa... Ayahanda cakap nak ditunda kepada tahun depan tapi.. hmm...

Aktiviti dengan classmate.. Best lah jugak walaupun tak banyak sangat menang kan..haha!

 Yang ini gambar sewaktu pertandingan mereka cipta.
-dari kiri; azim chik, zafran-

 Ni pulak gambar team Sina United FC..hehe..macam ada imported player jerpp..
dari kiri; syafiq, saleh, aris, azim cr, ayep, airil, zafran, azham, ....azrul

 Waktu gotong-royong pun sempat snap jugak!^.^
belakang dari kiri; syairah, syila, alieya, tirah, nokiey, radhiah, nisa, zam(aku!), ciah
depan dari kiri; aina, dalilah, wafiey, syifa

 last day kat sekolah..gambar kenangan;))
dari kiri; zam, alieya, syai, nisa, syila, thirah, syifa, aina..
yang ganjil sorang tu namanya nokiey~

ermm...
tak tau camna nak discribe pasal gambar ni..
tapi ni kaki ciah, azeera, ayep..

tak sabar nak ke dinner di Dewan Bagan Datoh, Perak..
dari kiri; aina, alieya, muslihah, nisa, azeera, radhiah, syila

Gambar kenangan semata-mata..semoga hubungan kita kekal abadi;))

wassalam






PMR

Written at Friday, August 31, 2012 | back to top
beberapa hari lagi..

hari keramat:

PMR

semoga berjaya semua!

semoga segala usaha dan pengorbanan kita selama ini;
tidak sia-sia

apapun yang terjadi,
fail kah...
atau
berjaya kah...

itu semua kehendak tuhan:)

jika hasil tidak memuaskan,
itu bermakna

anda perlu berusaha lebih;)

jika anda berjaya mendapat yang terbaik buat diri anda,
ingat bahawa

itu rezeki anda..

SEMOGA BERJAYA!!!




Entry Rasmi Tahun 2012

Written at Friday, March 16, 2012 | back to top
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi :)

Maaf,dah lama rasanya tak tulis perkembangan terbaru kelas Sina.Penyakit malas asyik menyerang :3 Dan saya sendiri baru perasan,untuk tahun ni tak ada lagi entry rasmi Sina United padahal dah 3 bulan hari persekolahan bermula.Saya sendiri dah tak ingat apa yang berlaku tapi insyaallah,try imbas kembali.Dan,hari ni dah hari Jumaat.Tinggal berapa hari je nak bermanja-manja kat rumah ~=P Homeworks yang bertimbun cikgu bagi jangan lupa siapkan.Barang pun kena packing cepat jugak ;)

Hari Pendaftaran Persekolahan

Tahun ni pendaftaran persekolahan hari Isnin,2 Januari 2012(kalau tak silaplah rasanya).Waktu tu berdebar je sebab dia tak letak list nama ikut kelas macam tahun lepas.Rupanya kelas still sama lagi,tak ada rombakan. Alhamdulillah :) Tapi satu benda je yang lain waktu pendaftaran ni dibandingkan dengan pendaftaran waktu Form 1 dan Form 2.Apa yang lain? Sebab dah tak ada Ustaz Wan Najib lagi yang setia menunggu dekat meja pendaftaran :') Oh ya,ustaz Wan pindah I-GOP.Dan tahun ni pun,lain jugak sistem dia sebab kena line up untuk ambil kunci dorm.Barisan dekat koperasi nak beli barang jangan ceritalah,panjangnya sukar digambarkan dengan kata-kata :3 Entah macamanalah boleh lambat(radhiah jangan marah :)) ) Yang datang lambat memang nasiblah kena tunggu lama.Dan malam tu pun lain,sebab tak ada prep malam :DD Kiranya adalah jugak masa untuk rehat fizikal dan mental sebelum otak disumbat dengan ilmu yang cikgu bagi sebab dah nak PMR.

Tapi malam tu kena pergi Bilik SPBT yang dibuka 2 kali setahun sebab kena ambil buku teks awal-awal.Dalam hati mengeluh la jugak,kenapa lah tak dapat esok hari je.Kan senang,mesti cikgu tak start mengajar xD Dan dalam diam-diam Ustaz Mohamad tak bagi masuk kelas,kitorang masuk jugak sebab nak cop tempat dulu. Siapa datang awal dapatlah tempat depan (budak lakilah tak aci -..-).Tahun ni kompem semua kurus belaka, sebab kena naik anak tangga yang tak terkira bilangannya sampai tingkat 3.Kelas kami tahun ni sama jugaklah,terpencil dekat hujung sekali yang bezanya hujung sebelah kanan,tapi seronok,tak ramai orang lalu lalang.Hehe kecuali time nak rehat tu.Lokasi pun strategik.Dekat je dengan kantin,tinggal turun tangga je.Heheh :))

Organisasi Kelas Tahun 2012


Jadi macam tahun-tahun sebelumnya,organisasi kelas tahun ni pun akan dirombak.Dan guru kelas kami yang menggantikan Ustaz Wan ialah Cikgu Fadzillah :) Alhamdulillah,kira tak adalah janggal sangat sebab cikgu Fadzillah dah ajar kami subjek Muzik since Form 1.Untuk cikgu,Welcome To Sina United :DD Selalu undian kelas akan dibuat waktu malam 1st prep tapi sebab hari tu tak ada prep,undian buat keesokan harinya.Diorang pun main-main jugak waktu undian :)) Saya sendiri tak ingat siapa calon-calonnya.Tapi setelah undian ditambah,ditolak,dikira dan dibahagi,JENG JENG JENG (ceh,macam anugerah skrin pulak)

Ketua Kelas

2010 : Muhammad Muzammil Haziq B.Jamaluddin/Mohamad Hairil Izwan Bin Azudin
2011 : Muhammad Syafiq Bin Sulaiman
2012 : MUHAMMAD MUZAMMIL HAZIQ BIN JAMALUDDIN

Penolong ketua kelas

2010 : Nur Dalilah Binti Abdul Basir
2011 : Muslihah Binti Yusof
2012 : AINA AFIFAH BINTI MAZLAN

Setiausaha

2010 : Syairah Atiqah Binti Mustaffa Bakri
2011 : Aina Afifah Binti Mazlan

Bendahari

2010 : Muslihah Binti Yusof
2011 : Muhammad Azim Bin Chik
2012 : MUSLIHAH BINTI YUSOF & MUHAMMAD AZIM BIN CHIK

AJK Kebersihan : Norsyifatul Amiza Binti Ali & Muhammad Azim Bin Abdul Rahman
AJK Kebajikan  :  Syairah Atiqah Binti Mustaffa Bakri & Muhammad Syafiq Bin Sulaiman
AJK Keceriaan  : Athirah Binti Nazaruddin & Muhammad Azmil Bin Abdul Rahim
AJK Keselamatan : Mutmainnah Radhiah Binti Mohd Jeffery & Mohamad Zafran Hakim Bin Zaharol

Tahniah kepada semua yang baru dilantik :) Kiranya organisasi tahun ni,orangnya kebanyakan sama cuma jawatan je yang lain.Semoga dapat jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.Amanah ni berat untuk dipikul dan akan disoal Allah nanti :)

Ujian Penilaian 1

Kalau orang lain bertungkus lumus ulangkaji pelajaran bulan ni,kita dah boleh tarik nafas lega untuk sementara waktu.Entah macamana,UP1 sekolah buat waktu bulan 2.Kira bagus jugak lah kan,sebab tak banyak lagi yang dah belajar.Hehe.Dan terima kasih jugak kepada budak Battutah,sebab koranglah Mathematics Form 3 masuk sikit je.Heheh.Periksa awal memang bagus,yang tak berapa nak bagus sebab jadual dia je.

Isnin : BM/BI/BJM
Selasa : AI/SEJ/GEO
Rabu : KH/SN/MT
Khamis : PJK/PSK/MZ

Agak tak berapa nak strategik.Yelah mana taknye,subjek yang ringan2 buat 1 hari,dan subjek yang susah bertindih.Paling tak boleh tahan hari Rabu.Tapi alhamdulillah,rasanya kita semua dapat jawab dengan baik. Yelah,tak banyak belajar lagi.Nasib yang masuk Form 1 & Form 2 Sejarah dengan Kemahiran Hidup je.Tak adalah tertekan sangat.Dan alhamdulillah,setakat ni keputusan subjek,semua dah dapat cuma tinggal subjek Sains je.Ramai sangat budak kelas kita yang saya tengok meningkat,alhamdulillah.Saya pun tumpang gembira tengok perkembangan positif diorang.Yelah,dapat bersaing secara sihat dan tingkatkan kesedaran untuk usaha lagi keras.Saya doakan moga kelas kita dapat Top 100 (target permulaan).Insyaallah :) Komen saya untuk subjek kali ni (saya komen subjek teras je lah)

Bahasa Melayu
Agak menyedihkan sebab tak ada siapa pun dapat A.Ya,diulangi,sorang pun tak dapat A untuk pertama kalinya dalam sejarah Sina.Entahla,soalan dia pun tak tahulah nak cakap macamana.Banyak kot typo.Tak tahulah dalam batch,ada yang dapat A.Bakal sasteterawan lah kot agaknya sape yang dapat A tu :)) Hehe,ini pun belum bincang dengan cikgu Aida lagi sebab cikgu sibuk.Janganlah cikgu key-in markah dulu u_u Banyak yang nak diperdebatkan ni.Heheh :))

Bahasa Inggeris
Alhamdulillah,ramai jugak yang dapat A.Walaupun 1 soalan tu bernilai 2 markah.Kira terer jugaklah kelas kita untuk second language ni.Teacher Aqilah pun boleh tersenyum lebar sampai ke telinga :D hehe.Tak silap saya ada dalam 10 orang rasanya.Soalan dia pun semua dalam bentuk teks.Jadi,bolehla jugak kalau nak score.Harap kita dapat kekalkan sampai PMR.Insyaallah :)

Sains
Erm,sains semua soalan objektif dan ada 50 soalan.Takdelah tension mana sebab masuk silibus Form 3 je. Kalau masuk Form 1 & Form 2,memang huru hara jugaklah jadinya.Soalan dia oklah sir Shahrin yang buat. Dan saya rasa sebab sir Shahrin kata chapter 4 masuk 1 soalan je,yang ulangkaji chapter tu memang boleh dikira dengan jari je lah.Kalau tak silap haritu sir kata,ada 9 orang dapat A.Alhamdulillah.Dan dan,jangan lupa.Balik ni,tabahkan hati siapkan  minda,sedialah untuk dirotan :DD

Mathematics

Soalan dibuat oleh Cikgu Hanisah.Walaupun pada asalnya Teacher Haslina kata soalan masuk silibus Form 1- 3,tapi soalan dia agak mudah.Alhamdulillah.Dan rasanya ramai yang boleh score.Dan berita gembira, semua orang lulus :) Kira ada peningkatan lah dari tahun-tahun sebelumnya.Yang A pun ramai tapi tak ingat berapa.Harap-harap kita dapat majukan lagi markah Math.Tak sabar nak tengok "carta hati" yang teacher buat :))

Agama Islam

Saya sendiri tak tahu berapa orang dapat A tapi rasanya ramai.Tambah pulak Ustaz Zolkafli agak senang nak bagi markah xD Komen? Soalan dia ok,tapi rasanya ramaiii yang tak dapat jawab bahagian yang dia suruh cari maksud tu.Kalau tak silap saya,ustaz kata sorang je yang betul.Sapalah yang bertuah tu? xD Boleh masuk kelas Battutah ni,belajar Bahasa Arab.Hehe :3

Kemahiran Hidup
Bukan sains.Bukan jugak Math.Untuk kali ni,inilah subjek yang menguji ketahanan fizikal dan mental.Ramai je muka tension time jawab.LOL. Untuk kali kedua,cikgu dengan 'murah hatinya' masukkan soalan dari Form 1 sampai Form 3.Memanglah bagus, kita  boleh refresh tapi masa tu yang payah nak dikejar.Rasanya tak semua orang dapat ulangkaji secara terperinci subjek ni.Dan waktu mula-mula check,agak menyedihkan sebab sorang je dapat A,Ciah.Tahniah :)Tapi bila check balik,alhamdulillah 5 orang dapat A dan 2 orang ditambah markah atas belas ihsan cikgu Yusof (er,terasa.hehe)

Sejarah
Erm,bolehla jugak.Form 1 dengan Form 2 pun masuk bab 1 je,kira takde lah bebanan sangat.Kalau masuk campur silibus Form 1 dan Form 2,itu memang boleh migrain.Soalan dia sama je,ada 60 soalan tapi bagi pandangan saya,antara semua paper Sejarah yang pernah jawab,ini paper yang paling susah sekali.Sebab banyak soalan KBKK masuk.Memang memeningkan.Waktu baca soalan 1-5,dah rasa macam bukan soalan sejarah.Macam soalan sivik pun ada :)) Tapi yang dapat A,tak ramailah.ada 11 orang rasanya :/ Tak apalah,kita cuba tingkatkan lagi prestasi :)

Geografi
Haih,kalau diikutkan sepatutnya kita dah biasa dengan soalan Geografi sebab dari Form 1 lagi,cikgu tak pernah miss untuk masukkan semua silibus.Time PAT tahun lepas pun,keputusan kelas kita agak membanggakan.ada 11 orang dapat A.Yelah sebelum ni,kelas kita boleh dikira lemah sangat dalam subjek ni.Tapi dah seronok 11 orang dapat A,time UP1 tetiba tinggal 2 orang je yang dapat A.Tahniah Azim Chik dan Shahirah Hafit sebab berjaya kekalkan :) Tak tahulah apa masalahnya,tapi harap kita boleh tingkatkan lagi.Insyaallah

Dan start hari Rabu,Khamis dan Jumaat,kelas kita start senyap sunyi macam dalam PSS.Sebab kebanyakan budak kelas kita,ada 8 orang kot rasanya pergi HKSBP dekat MCKK.Dan yang pergi pulak kebanyakan lelaki dan sorang perempuan.Memang senyaplah jadinya.Dan last day exam pun,macam biasa je kot.Tak ada apa yang menyeronokkan :/

PERINGATAN



-Buat preparation untuk jadi tutor subjek Science kelas 2 Ibn Sina.Ingat,masuk 10% markah PTT.Penting
  tu.Kita pun baru lagi belajar nak ajar orang,bukan macam 3IZ.Tambah-tambah,bila dengar khabar angin yang budak 2IS merungut time kita ajar diorang :/ Harap kita dapat ajar seikhlas dan sebaik
  mungkin.Insyaallah

-Oh ya,kepada budak perempuan.Ingat,lepas bukak sekolah ni dah tak boleh pakai tudung cotton.Kena
  pakai tudung prep berjahit kain licin tu kalau tak nak kena "sound" ;)

-Saya perlukan khidmat korang semua jugak untuk tulis dalam blog Sina ni.Tolonglah sangat-sangat.Rasanya kalau saya sorang handle,setahun sekali kot baru keluar entry baru.Oh ya,kalau siapa yang nak tulis,saya memang alu-alukan.Hantar je email korang dekat saya untuk invite jadi author.Siapa yang dah diinvite,rajin-rajinlah kan meriahkan blog ni yang dah sunyi sepi.Tak kisahla nak tulis pasal apa pun,janji bukan benda yang merepek repek.


Rasanya setakat tu je lah kot.Saya pun dah kehabisan idea untuk menulis.Maaf kalau entry membosankan. Korang pun rajin-rajinlah beri komen dan tulis.Sekian,Assalamualaikum!Jumpa dekat sekolah nanti :D







Senarai Kerja Sekolah

Written at Wednesday, March 14, 2012 | back to top
Assalamualaikum wbt.Selamat cuti sekolah :) Maaf list homeworks lambat bagi.Semua orang ada kerja masing-masing,dan saya pun sama.Bukan menghadap blog 24 jam.Kerja rumah cuti sekolah ni memang agak banyak lah jugak.Lagi-lagi lepas exam,banyak correction cikgu suruh buat.Tak apalah,untuk kebaikan kita jugak kan :3 Tang cuti sekolah panjang je,tak sah rasanya kalau tak ada homework.Jadi homeworks kita untuk cuti sekolah seminggu ni.Jeng jeng jeng :D



SEJARAH - kena buat pembetulan untuk paper exam yang salah.Cikgu Azilah kata kalau dapat A,
                   . kena buat 1 salinan,kalau B,2 salinan dan begitulah berikutnya

GEOGRAFI - pun kena buat pembetulan untuk paper exam yang salah jugak.Yang ni WAJIB,dapat A ke,
                       dapat B atau C ke,semua orang kena buat 2 salinan.Baru fair and square ;)

KEMAHIRAN HIDUP - lengkapkan buku Axis KH Tingkatan 2 SEMUA bab.Ya,tak boleh nak skip2.
                                         Lagi lagi tang simpan kira tu :P     

SAINS - Buat short notes untuk chapter 4,5 and 6.Oh,jangan lupa lukis 10 salinan male/female reproductive
               system

AGAMA ISLAM - Ni ustaz tak kata wajib,tapi better korang buat lah sebab tak payahla tungguh ustaz srh.
                               kan.Lagipun nanti senang dah siap tak payah tangguh.Buat nota pasal yang kita dah bljr.
                               Solat sunat aidilfitri/hajat/tahajud,adab dengan tetamu,dalam majlis,ketika bercakap :)

BAHASA INGGERIS - Yang ni pun better korang buat sebelum teacher Aqilah check.Itupun kalau ingat
                                       lagila kan teacher ada kata,seminggu kena salin 1 essay,Jadi lepas teacher cakap
                                       ni,dah berapa minggu dah kan.Kalau korang haprak belum buat,maksudnya
                                       korang kena copy 5 essay.

Kalau tak salah,rasanya tu je lah kan.Dan jangan lupa untuk dapatkan isi-isi folio Sejarah dan Geografi. Selamat membuat lawatan dan cuti-cuti Malaysia :) Solat jangan lupa! :D Assalamualaikum



List of Homeworks

Written at Saturday, February 4, 2012 | back to top
In the name of Allah the most gracious and most merciful =)

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah,lepas seminggu cuti,kali ni dapat balik lagi.Maaf dah sebulan lebih tak tulis entry.Semua orang sibuk nak PMR,saya pun sibuk jugak :) Nanti kalau ada masa lain,saya akan cuba untuk tulis pasal perkembangan kelas.Untuk kali ni saya nak list kan homeworks yang cikgu bagi untuk cuti.Biasalah kalau pulang bermalam tak ada homework,macam ada something yang tak kena ^^



Bahasa Melayu-Penulisan

Ini homework hari Khamis yang cikgu Aida bagi.Tajuk dia "Faedah Kedatangan Pelancong Asing ke negara kita".Kalau tak silap saya lah.Takdelah susah mana sebab cikgu dah bagi points.Tinggal nak kembangkan isi je lah.6 perenggan :)

Pendidikan Islam

Ustaz Zolkafli bagi homework yang bahagian penilaian tu.Pasal tajuk Rasul & Nabi(lupa tajuk dia apa) tapi ada 5 soalan je pun.Rasanya tak ada masalah :)

Muzik

Cari chord  lagu artis yang korang buat tu dan masukkan sekali dalam folio muzik.Yang saya dengar diorang kata,chord gitar dengan keyboard sama je :)


Kemahiran Hidup

-Siapkan Axis Kemahiran Hidup yang Tingkatan 1 punya.Sepatutnya kerja ni dah siap sebab cikgu dah bagi lama dah.

-Kerja kursus KH

4.1 Pengenalpastian masalah

I.menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas(2 mukasurat)
-masalah penyusunan meja berselerak(5O patah perkataan)
-penyelesaian (50 Patah perkataan)

II.Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 produk sedia ada di pasaran sesuai dengan tema yang dipilih(1 m/s)
-cari 3 gambar rak serbaguna kat internet  

III.Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan produk yang diperoleh(rujuk buku teks m/s 6) 1 m/s

Kalau korang tak berapa faham kan,boleh refer link ni :)

Kalau tak silap saya itu je lah rasanya.Kalau ada tertinggal,maaf.Assalamualaikum wbt :) Selamat membuat kerja sekolah dan menyambut maulidur rasul esok ^^





Update Terbaru

Written at Tuesday, December 20, 2011 | back to top
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi :) Alhamdulillah,akhirnya lepas dah lebih kurang 5 bulan dengan background lama yang membosankan sejak bulan Ramadhan haritu,akhirnya saya rajinkan diri jugak untuk gantikan background blog baru.Oklah kot,comel.macam kelas kita :)) Korang pun tolonglah rajin-rajinkan diri meriahkan  tagboard and follow blog Sina ni.Perasan tak kat sidebar tu kan ada "Wishlist of Sinans".Sebenarnya saya nak mintak tolong kalau sapa-sapa yang ada wishlist untuk kelas Sina,tolong bagitahu sebab saya nak tulis lagi banyak kalau boleh tapi tak ada idea.Thanks :)


Comel je macam Sina xD

Oh ye,kalau korang nak tau mana saya dapat background blog comel macamni,saya ambil dekat Blogskins. Kalau rajin singgahla tapi background dia guna classic template yang guna code tu.Jadi,pandai-pandailah xD

p/s:Lagi 2 minggu nak sekolah.Tak sabarnya! :) Siapa dah dapat surat sekolah?



Kerja Kursus Kemahiran Hidup

Written at Monday, December 19, 2011 | back to top
Assalamualaikum wbt.Lagi dua minggu sekolah dah nak bukak,harap-harap dapat jumpa muka yang sama lagilah.Takde terlebih dan takde terkurang :3 Insyaallah.Harini nak tulis pasal kerja kursus Kemahiran Hidup. Erm,memang Azim Chik ada tulis kat sini pasal kerja kursus tu.Tapi ada sesetengah kawan kita tak tahu,jadi saya tulis kat sini atas request seorang kawan :) And,the credit of course goes to Azim Chik.Thanks kawan :)

KALAU NAK TENGOK,TOLONG CLICK GAMBAR SUPAYA NAMPAK GAMBAR PENUH


4.2 PEMBINAAN PROJEK(2 page termasuk muka depan)

I.menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan


4.3 PENGIRAAN KOS(yang nie ada 5 page termasuk muka depan)

I.MENYENARAIKAN KOS BAHAN,KOS UPAH DAN KOS OVERHEADDENGAN BETUL

kos bahan merupakan kos bagi bahan mentah yang digunakan,kos upah merujuk kepada bayaran tenaga kerja yang diperlukan bagi menghasilkan projek dan kos overhed ialah kos selain daripada kos bahan kos upah.contoh kos overhed ialah bil air,lektrik dan sebagainya.

II.MENGIRA KOS BAHAN,KOS UPAH DAN KOS OVERHED DENGAN BETUL


Atas ni KOS BAHAN


Atas yang ni kos upah dan kos Overhed.Combine dua ni dalam 1 mukasurat

Kos upah







Kos Overhed


III.MENGIRA KOS PENGELUARAN DENGAN CEPAT


Sebenarnya ada lagi 1 kerja kursus iaitu 4.5 pasal litar.Azim Chik tak dapat nak bagi sebab scanner dia rosak. Yang ni saya tolong scan kan.Gambar bawah ni untuk rujukan je kalau nak siapkan dulu.Azim Chik dah fotostat kan dah,nanti bukak sekolah dia bagilah.Lukis je sebijik macam gambar bawah ni.








Kalau ada apa-apa soalan,boleh tanya Azim Chik.And,korang tak payahla salahkan dia pasal kerja kursus ni.Dia dapat dari cikgu pun last minute.Dan kan dia dah suruh kita datang Khamis petang tu,tapi ramai je yang tak datang.Jadi,sekarang ni sape yang salah ?:3 *no offence* Sekian,terima kasih :)

Nota kaki :Jumpa bukak sekolah lagi 2 minggu! :)